Pages

Friday 13 July 2012

Kata Mutiara Campuran


Jangan sekalipun sombongkan dirimu, Ingatlah bagaimana Tuhan menciptakanmu.
"Kita diciptakan dari setetes air mani yang hina, bahkan lalatpun tak sudi mendekat. Ketika hidup, kemanapun kita pergi selalu membawa kotoran dan najis dalam perut kita. Entah esok atau lusa kita akan terbujur kaku menjadi bangkai busuk yang menjijikkan"

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, pikiran kita dan ide kita. Dan apa yang anda pikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.


Mengertilah terhadap keadaan setiap orang sebelum kamu ingin dimengerti oleh orang lain.


Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Karena mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawaban-jawabannya. - Voltaire

Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia dapat menyukai pekerjaan yang dilakukan.

Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang. - Anonim

Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat. - Pepatah Arab

Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu.

Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar.

Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela. - Napoleon Bonaparte

Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.

Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah , menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. - Samuel Johnson

Seseorang yang jujur diterima ucapannya oleh musuh.

Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.

Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.

Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya
sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan. ~ Abdullah Mansur
M.H

Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.

Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan.

Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.

Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji..

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam dimalam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya.

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu. - Whittier

Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali.

Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran. - Flower A. Newhouse

Sebaik-baik orang yang diberi nasihat ialah penguasa.

Kekuatan itu tidak terbina di atas bilangan yang ramai, tetapi kekuatan itu terbina di atas keyakinan dan optimis seseorang dan keserasian berkumpulan.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan.Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. Ambillahwaktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. Ambillah
waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju
kebahagiaan. Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai
keberhasilan. Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.

Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.

Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali..

Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahasianya.

Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga.

Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. - William J. Siegel

Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya.

Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.

Barangsiapa menanam, dia yang akan menuai..

Reputasi anda ialah apa yang orang lain pikirkan tentang diri anda; sikap pribadi anda ialah tingkah laku anda.

Sifat pribadi yang teguh adalah aset kita yang paling hebat,  karena ia mebuat kita mampu berhadapan dengan kecemasan.

Apa yang anda pikirkan mengenai diri anda, akan mempengaruhi diri anda sendiri.

Jangan serahkan sesuatu yang penting seperti sifat pribadi anda kepada nasib.

Teman manusia yang sebenar ialah akal dan musuhnya yang celaka ialah jahil.

Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia.

Jika kamu mendapat kesusahan, ingatlah menyimpan kesabaran. - Horatius

Orang yang paling tidak bahagia ialah mereka yang paling takut pada perubahan. - Mognon Me Lauhlin

Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain..

Jika anda mau membuat sesuatu, anda pasti akan cari jalan. Jika anda tidak mau membuat sesuatu, anda pasti akan cari alasan. - Peribahasa Arab

Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong.

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang malas. - Charles Cahier

Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis pada akhirnya.

Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju kesana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan kesana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri. - Said Mustafa

Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mau terjatuh lagi..

Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

Menyimpang seinci, rugi seribu batu. - Peribahasa Cina

Manusia tak akan tahu semua perkara, justeru tahu banyak perkara lebih baik dari tidak suka mengambil tahu walaupun satu perkara.

Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya yaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mau mengerjakan apa yang disuruh.

Keberanian yang sebenar ibarat layang-layang. Sentakan angin yang menentangnya bukan melemparkannya ke bawah, sebaliknya menaikkannya. - John Petitsenn

Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. ~ Joseph Conrad

Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.

Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan.

Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya.

Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan didalam poket.

Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri.

Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai.

Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan.

Berpikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berpikir selepas berbuat adalah satu kecerobohan, berbuat tanpa berpikir adalah seribu kebodohan.

Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berpikir.

Kita menilai diri sendiri berdasarkan apa yang kita mampu buat, orang lain menilai berdasarkan apa yang telah kita perbuat.

Tentunya anda ingin menjaga kehidupan anda. Jangan sesekali lupa bahwa anda adalah diri anda setelah pilihan yang anda buat secara sadar atau tidak sadar. - Barbara Hall

Sokong mereka yang kuat, galakkan mereka yang pemalu, ingatkan mereka yang lalai, dan beri amarah kepada mereka yang menentang. - Whitney W Young

Semua orang dapat memiliki jam tangan yang tinggi harganya, tetapi tidak semua orang dapat menetapi masa yang berharga. - Dr. Mahathir Mohamad

Manusia berharap terlalu banyak tetapi berbuat terlalu sedikit. - AllenTate

Kegagalan hari ini berarti pendorong, namun kejayaan semalam bukan berarti
kemegahan, oleh karena itu gantungkanlah cita-citamu setinggi bintang
di langit, dan rendahkanlah dirimu serendah rumput di bumi.

Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan
kedewasaan.

Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara yaitu USAHA.

Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.

Pengalaman ialah pelajaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.

Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.

Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.

Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

Di mana anda berdiri, di situlah permulaan kehidupan anda dan lupakan masa silam.

Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar.

Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

Lebih baik koreksi diri untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada orang lain.

Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, karena anda masih mempunyai masa depan.

Siapapun yang tidak pernah merasakan kepahitan,maka ia tidak akan mengenal kemanisan.

Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya - Hamba Allah

Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai penghujung umur.

Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan, tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan.

Rahasia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.

Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya. - Albert Camus

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fisik, tetapi ia datang dari semangat yang tidak pernah menyerah.

Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.

Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya.

Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang melihat tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. - Cecil B. DeMille

Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan.

Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu.

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar.

Hidup memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.

Perbedaan antara orang yang berhasil dengan orang yang gagal terletak
pada rohaninya. apa yang dapat dipikirkan menentukan apa yang akan dicapai.

Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal pikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas.

Berpikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan.

Berpikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya.

Pemimpin yang berjaya ialah orang yang mampu berkomunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan mampu berkomunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.

Keberanian diperlukan untuk berdiri dan berbicara. Keberanian juga diperlukan untuk duduk dan mendengarkan.

Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahasia diri sendiri dan oranglain, dan orang yang jahil membuka aib diri sendiri dan oranglain.

Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya dalam berkata-kata, tetapi juga perlu dinilai buah pikiran serta tingkah lakunya.

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah. - Wahab B. Munabin

Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan. - Andre Colin

Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, maka tidak akan dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka. - Soekarno

Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti - Hukama

Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya - Confucius

Jangan tanya apa yang dibuat oleh negara untukmu, tapi tanyalah apa buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh. - Albert Einstein


Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu
adalah mulia dan terpuji. - La Roche

Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah.

Kita mesti pastikan hari ini adalah milik kita kerana kita belum pasti adakah hari esok kita masih diberi peluang.

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan.

Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. - Marcus Aurelius

Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya. - Stahl P.J

Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.

Kegagalan ialah satu-satunya yang dapat diraih tanpa pengerahan tenaga sedikit pun.

Orang yang berakal dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan perhatian ke arah mencapai matlamatnya.

Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia. - Richard Brinsley Sheridan

Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah
melakukan satu kesalahan lagi. - Confucius

Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air.

Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika digunakan.

Sampan tidak akan dapat belayar di padang pasir betapa pun jua empuknya pasir itu. - Pepatah Arab

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah. - Lao Tze

Awal mula pohon ialah benih..

Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara dilautan.

Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka bererti ia melihat.

Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu.

Jangan sesekali menggadai prinsip, demi untuk mendapat dunia yang mengiurkan.

Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya .

Setiap manusia adalah arkitek kehidupannya sendiri. Dia membinanya seperti mana yang dikehendakinya namun selepas dia membina apa yang dikehendakinya, kadang kala dia mendapati bahawa dia tidak menyukai apa yang telah dibinanya dan mencari seseorang atau sesuatu untuk dipersalahkan daripada mencuba untuk menukar dirinya sendiri.

Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.

Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.

Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. - Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.

Kalau tidak kerana semalam kita telah berusaha, bersungguh, bersabar dan berdoa, belum tentu hari ini kita akan berada di sini.

Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, dan engkau akan mencapai yang tertinggi.

Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang.

Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada.Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi.

Jika anda bekerja semata-mata untuk uang, anda tidak akan menjadi kaya karenanya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda. - Ray Kroc (Pengasas McDonalds)

Komunikasi adalah sesuatu yg mudah, susahnya ialah apabila kita tidak menyebutnya dengan perkataan yg mudah. - T.S Matthews

Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi.

Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.

Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.

Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya.

Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian.

Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar.

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya.

Tak ada yang tak mungkin selama kamu yakin. Selalu berikan yang terbaik yang kamu bisa dengan apa yang kamu punya. 

Dalam hidup ini, kamu mungkin tak cukup baik bagi semua orang, namun kamu akan selalu jadi yang terbaik di mata sahabatmu.

Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya. - Khong Hu Cu

Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya.

Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang.

Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya.

Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara.

Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat dilautan hidup ini.

Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. - Khalifah Abdul Malik Marwan

Pikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh . -Voltaire


Teman sejati bknlah yang bisa membuat semua masalahmu menghilang, tapi yang tidak akan menghilang saat kau memiliki masalah.

Hidup penuh pilihan. Apa yang kamu pilih hari ini akan menentukan masa depanmu. Pilihlah yang membuatmu jadi pribadi yang lebih baik.

Tuhan selalu berikan yang terbaik. Ketika kamu merasa ditinggalkan, percayalah, dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untukmu.

Dalam hidup, kadang meskipun kamu cukup baik tuk memaafkan seseorang, kamu juga harus cukup pintar tuk tak mempercayainya lagi.

Seseorang terlihat kuat, tak berarti dia tak pernah bersedih. Dia bersikap seperti tak ada yang salah, tapi mungkin hatinya terluka.

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Bersyukurlah ketika kamu dicintai, dan bersabarlah ketika kamu dibenci. Jangan ada sesal, jangan ada kesal.

Hanya karena kamu mendengar apa yang dilakukan seseorang, tak berarti kamu bisa menghakiminya. Kamu tak tahu apa yang telah dilaluinya.

Tak seorang pun punya kemampuan untuk melakukan hal sempurna, tapi setiap orang diberi banyak kesempatan untuk melakukan hal yang benar.

Jangan menunggu waktu yang tepat untuk melakukan sesuatu, karena waktu tidak akan pernah tepat bagi mereka yang suka menunggu.

Jangan pernah meremehkan kemampuanmu. Jika kamu menyadari betapa kuatnya pikiranmu, kamu tak akan pernah berpikir untuk menyerah.

"Semoga bermanfaat"

0 comments: